bandar cantik tapi bahaya dilawati

 Assalamualaikum dan salam satu malaysia.rindu tak korang dengan aku .hahahah perasan sendiri tapi tak apa aku nak bagi sedikit info untuk korang sebelum belog aku nie berhabuk.ok la kemungkinan besar aku tak akan menulis dalam masa yang agak lama la dan sahabat aku google tak kan dah ada bersama dengan aku kerana aku dah nak berangkat ke johor dan mak kandung aku ajak aku keje dekat singapura..yeahhhh dapat gak masuk singapura.hehehe.cuma sekali sekala ada aku akan menulis ok anyway miss u guys yang sudi membaca belog aku  muax untuk korang .sementara aku boleh menulis nie aku akan menulis sepuas-puasnya.


ok berbalik pasal cerita atau info yang aku nak kongsikan .pasal bandar yang paling berbahaya didunia jom kita check it out 

1)THAILAND BANGKOK  
         
sebenarnya bandar bangkok nie adalah tangga yang kesepuluh yang paling bahaya untuk dilawati nak tahu kenapa?.thailand merupakan pengeluar candu danheroin utama di dunia dan sebahagiannya pedagangan dadah haram  berlaku di bangkok.statistik 2009 menunjukkan bahawa sebanyak 20,000 serangan berlaku disini selain itu 15,000 kecurian berlaku disini dan yang selebihnya sebanyak 5000 kes pembunuhan .wow memang banyak tu aku rasa la kan sekarang lebih banyak daripada tahun 2009 dan yang aku nak ucapkan taniah la kan kepada thailand nie sebab dia menduduki carta paling atas di asia tenggara .sabas thailand




2) GUATEMALA CITY.GUATEMALA 
huh yang nie aku rasakan lagi power nak tahu sebab apa dah la kerajaan dia mendapat sogokkan ataupun bayaran dari pengusaha /pengedar dadah lepas tu pulak bandar nie merupakan top zon bagi Amerika Selatan sebabnya penuh dengan penyeludup dadah dan geng perusuh luar.selain itu kalau korang pergi melancong kesana aku harap korang berhati-hati la sebabnya besar kemungkinan korang akan jadi mangsa rogol diorang dah la kena rogol lepas tu kena rompak dan bunuh lak tu kalau korang nak mati cepat jom kita pergi melancong .hahaha.aku sarankan la jika korang nak pergi melancong san DAN hendak keluar malam .aku rasa baik korang tak payah bawak dompet keran aku yakin korang akan kena rompak punya la .


3)BAGHDAD IRAQ
Tidak kisahlah anda siapa, sudah pasti anda tidak akan berasa selamat di Iraq. Ia adalah negara yang hancur sama sekali disebabkan kadar keganasan serta jenayah yang agak tinggi disana. Sejak perang pada 2003 meletus, AS telah menyebabkan perang saudara yang amat dasyat dikalangan mereka. Lebih daripada 650,000 telah terkorban dalam sengketa ini. Al-Qaeda serta puak Kurdish merupakan dalang pada segala kemusnahan serta keganasan yang berlaku disini. Bagi penduduk disini, bahan letupan serta periuk api daripada pengebom berani mati ini mungkin berada dimana-mana sahaja kerana beritanya pasti kendengaran hampir setiap hari disini. Penculikan serta pembunuhan rambang seringkali berlaku disni. Sejak AS menakluk negara ini, berjuta-juta penduduk Iraq menjadi pelarian dan berjuta-juta lagi telah kehilangan tempat tinggal. Kesemua ini membuatkan Baghdad sebagai sebuah tempat untuk menempah maut.


4) Grozny, Chechnya, Russia
korang percaya tak kalau aku cakap bahawa bandar nie penuh dengan mafia.mesti korang tak percaya kan.itu la yang aku dapat dari sumber .bandar nie sebenarnya mafia lebih banyak daripada polis .aku rasa la kan mesti polis tu cakap lantak korang la korang nak buat apa pon..heheheh just joke ok .disini kerajaan dia tidak mengawal sepenuhnya dan kebanyakkan nya dikawal oleh mafia dan gengster.macam mana ek kalau negara kita macam tu tapi yang pasti aku bersyukur.selain itu,anggaran pembunuhan 85 kes SETIAP HARI .mak ai patut la ramai mafia dan gengster.dekat sana pelacuran dan perdagangan dadah adalah perkara biasa diorang dah tak kisah dah perkara tu semua.


5)rio de janeiro ,brazil
 Jika anda merancang untuk ke Brazil, berfikirlah sebetul-betulnya kerana pelbagai bahaya bakal mengundang anda terutamanya di Rio. Sekiranya anda tiba sahaja disini, sudah pasti anda akan mendapat pelbagai risalah tentang amaran waspada ketika berjalan-jalan disini. Dengan kadar jenayah yang tinggi sejak 2 tahun yang lepas membuatkan tempat ini sebagai tempat paling bahaya sekali di dunia. Disini juga dimana kartel dadah yang dipanggil Piranhas tinggal dan mereka adalah antara yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan serta penculikan yang agak kerap disini. Mengikut statistik 2009, hampir 8000 kematian telah dicatatkan akibat daripada pembunuhan. Ini bermakna anggaran 20 pembunuhan berlaku setiap hari. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes ini kerap berlaku di daerah-daerah paling miskin di Rio.


6)Bogota, Colombia
Bogota merupakan pelabuhan utama pembekalan senjata serta dadah yang datang dari C0olombia ke Panama. Disini juga, pembunuhan juga kerap berlaku tidak kira siang ataupun malam. Kalau anda berhajat untuk datang ke sini, jangalah lupa membawa pistol atau pisau rambo anda sekali bersama kerana mungkin anda dapat mengelakkan diri daripada penyamun/perompak yang sudah pasti menuggu kehadiran anda. Tapi kalau ada orang ajak anda pergi ke Amerika Latin, cuba tanya dimana destinasinya..kalau setakat pergi Bogota..cakap kat dia, hentikan sahaja niat suci itu~
7) Cape Town, South Africa
Hampir setiap tahun, pembunuhan serta rompakan merupakan statistik yang paling tinggi di Cape Town. Dalam satu tahun sahaja, hampir 71500 kesalahan yang membabitkan seksual telah dicatatkan, 13900 kecurian telah berlaku dan 18400 rompakan telah belaku di premis-premis perniagaan. Sekiranya dikira lagi, kira-kira 50 pembuhan akan berlaku setiap hari di Afrika Selatan dan 1/2 nya disumbangkan oleh bandar ini. Cape Town merupakan sebuah bandar yang pada dasarnya sangat miskin, mungkin disebabkan itu ia menyumbang pada kadar jenayah ini.
8)Mogadishu, Somalia
Kami tidak dapat informasi penuh pasal statistik jenayah disini, tapi walaubagaimanapun kerajaan disini tetap memberi amaran keras kepada sesiapa yang hendak datang kesini. Mungkin disebabkan tempat ini merupakan tempat paling banyak pengganas di dunia. Dengan perang saudara yang sedang berlangsung di ibukota Somalia ini menjadikan tempat ini bukanlah tempat sesuai untuk pergi kerana ia mendatangkan risiko yang sangat besar kepada pelancong. Ada juga pernah mengatakan, hampir setiap hari ada sahaja yang cedera di lorong-lorong di bandar ini. Bunyi tembakan, penculikan, dan sebagainya membuatkan bandar ini mendapat 3 teratas sebagai bandar paling bahaya sekali di dunia.
9)Ciudad Juarez, Mexico
Tempat ini antara tempat yang mempunyai jenayah paling serius di dunia antaranya seperti rompakan, penculikan, kekerasan seksual serta jenayah dadah. Statistik mengatakan 120 daripada 100000 penduduk terbunuh disini. Ciudad Juarez terletak betul-betul hampir dengan sempadan Amerika Syarikat. Baru-baru ini, kartel dadah disana telah memulakan suatu perang sesama mereka sehingga menjadikan tempat ini sangat berbahaya buat para pelancong. Ciudad Juarez merupakan bandar yang paling banyak pembunuhan berlaku dan mengikut statistik yang kami dapat, 50% bagi kesemua pembunuhan yan berlaku di Mexico berasal dari Ciudad Juarez.
10)Caracas, Venezuela
Amerika Latin setakat ini merupakan antara tempat yang paling berbahaya di dunia. Jika anda search tempat-tempat berbahaya di internet (googling), sudah pasti sekurang-kurang 20 daripadanya anda akan dapati ia berada disini. Dengan kartel dadah yang banyak serta kadar kemiskinan yang tinggi membuatkan ibukota Venezuela berada dalam kedudukan tertinggi sebagai tempat paling banyak pembunuhan serta jenayah berlaku. Untuk pengetahuan anda semua, Venezuela merupakan kepala (ketua) kepada perdagangan dadah di dunia terutamanya kokain. Jadi, lupakanlah cita-cita indah anda untuk bertemu dengan pelakon amerika latin disini yer ^_^ kerana bahaya tengah menuggu anda disana.




sumber:http://wootmedia.my

0 orang memekak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


si gadis blueberry © 2008. Design by: Pocket