MANUSIA HANYA MAMPU MENGKRITIK

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..pernah tak korang
rasa apa yang aku rasa ..? mesti tak pernahkan.sebenarnya bukan aku
nak dilahirkan sebagai orang gemuk tapi itu semua takdir hidup
yang tentukan oleh ALLAH.

 manusia diluar sana hanya mampu mengkritik tubuh badan orang
gemuk sahaja.memang kami nie tak lawa pakai apa pon tak
muat TAPI pernah tak diorang tanya dari hati ke hati manusia yang
berbadan gemuk apa yang diorang nak.mesti tak pernahkan?

cuba korang tanya dengan orang berbadan gempal apa yang mereka
mahu.sudah semestinya mereka mahu kurus ada orang mahu gemuk
mestilah tak ada orang mahu gemuk.

aku nak bagi tahu korang semua cuba lah kalau jadi manusia
tu jangan terus hina orang.aku tulis belog nie pun bukan nak hina orang
tapi aku naik menyampah dengan sikap segelintir masyarakat
yang tak pernah puas nak hina orang aku nak kelompok masyarakatb
ni tahu kami nak kurus dan bermacam2 lagi yang kami lakukan
tapi kami x boleh kurus ....aku harap adalah orang yang paham
dan tak terus mengkritik aje..sekian wasalam

assalamualaikum wbt...hehehe lama agak nya aku dah tak menulis
dibelog aku yang buruk nie sekarang baru lah aku dapat mengarut ngn
ada nya fon baru y cangih kalau tak mana boleh aku nak mengarut macam nie..

    huh sepanjang setahun ini banyak yang belaku dalam hidup aku
susah senang pahit manis  semuanya ada...hurmmm disebabkan
perkara itu aku berdiam diri..

     mohd firdaus? mesti korang nak tahu kan...hurmm perasan ..bukan ada orang baca pon...hehe....aku dengan dia sudah berakhir buat selamanya...mungkin allah nak bagi aku yang lebih baik dari tu ..aku tak tahu sebab jodoh itu rahsia hanya DIA je yang tahu kita dengan sapa

       okay la aku tak nak tulis panjang-panjang sebaba aku nak tdo byee asasalam...

belog yang berkarat

    assalamualaikum dan salam sejahtera .wah dah lama aku tak menulis belog aku nie yang
berkarat maklum la dulu teknologi ada sekarang semuq tu dah tak ada dah nak menulis pun payah dan yang paling penting aku sudah bekerja sebagai operator di sebuah kilang.hurmm.aku rasa bajet taun lepas kerajaan mengumumkan bahawa basic untuk kakitangan awam naik malang nya bagi aku tak naik lagi hanya diperuntukkan buat warga bangla dan nepal dikilang aku .bukan aku redha tapi aku sebagai rakyat malaysia adalah wajar kalau aku menuntut apa yang diberikan oleh kerajaan malaysia tak gitu ke??.bukan ke kerajaan malaysia menyuruh para majikan mengurangkan pengambilan warga asing tapi apa yang aku tengok dan yang aku pasti pengambilan warga asing di kilang aku makin meningkat dari hari ke hari bahkan peluang untuk  warga malaysia kerja semakin tipis

    aku berasa kesal kerana rakyat malaysia yang memerlukan kerja dan menganggur tidak mendapat hak mereka sewajarnya bak kata perpatah kita ibarat merempat ditempat sendiri sedangkan warga asing senang-senang sahaja mendapat perkerjaan .jadi jika kita sudah ada perkejaan jangan sia-sia kan .ok la aku rasa cukup dah kot aku membebel .jumpa lain kali ya bye2
assalmulakum dan salam stu malaysia dah lama kan aku dah tak berblog maaf la aku sangat la sibuk tambahan pula aku ada banyak masalah .tak apalah setakat melepaskan rindu  untuk menulis.


MAK DOREMON

 salam satu malaysia .hari nie aku nnak cerita sesuatu yang aku tak dapat luahkan kadang -kadang aku rasa kelakar pon ada kadang-kadang aku rasa macam tak betol pon ada.macam-macam kisah la yang aku nak khabarkan kepada korang .
 
yang pertama sekali aku nak cerita pasal kisah lucu.nak tahu kenapa ?.sebabnya dekat kilang ada orang tu dia suka sangat buat finah dekat orang sampai kan aku nie pon dia gelar macam-macam yang peliknya aku tak kenal pon orang tu dan aku dekat situ baru proses pengenalan dan masih lagi proses untuk mengenal kawan-kawan aku dekat kilang .biar pon keje kilang tu nampak macam tak ada kelas tapi aku rasa best sebabnya aku dapat cari pengalaman yang tak pernah aku rasa kan sebelum nie.dulu aku pernah keje kilang tapi hanya untuk sebulan je sebabnya kerja macam nak mampos diri lak tu gaji ciput je dan yang paling penting aku dapat kerja dalam keadaan duduk ok.

 berakhir lah kisah yang pertama .nie aku nie aku nak cerita kisah yang kedua lak .dekat kilang ada la sorang PENG nie dia suka kat aku .huh aku anggap semuanya sama ok sebab aku lurus x adanya bengkang bengkok.aku kalau berkawan aku akan lindungi kawan aku .aku tak kisah kawan aku nak cakap   ape dekat aku sebab aku tahu menghargai sebuah persahabatan  dan nilai persahabatan tu penting bagi aku .aku cakap macam tu bukan la nak menyindir sesiapa tapi kan aku pernah tau kawan aku mengata belakang aku.aku tahu tapi aku buat x nampak je .






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


si gadis blueberry © 2008. Design by: Pocket