rindu

            salam sejahtera  semua hari nie merupakan hari aku rehat .alhamdullilah aku diberi peluang untuk bercuti selama dua hari setalah sehari aku memulakan kerja aku di sebuah kilang elektronik.persaan aku becampur baur setelah lama aku bermalasan dirumah aku gagahkan juga diri untuk ke johor baru yang nan indah nie .setakat nie aku tak busy sangat la sebab baru proses awal dan yang paling penting aku dapat kawan baru biar pun aku sorang -sorang .
   
                aku nak kerja bukan apa aku rasa sudah sampai masanya aku kuruskan badan aku dan aku dah bersedia untuk kawen tapi korang pernah rasa tak bahawa teman lelaki korang tu tak dapat menjamin kehidupan korang mesti pernah kan .macam aku sekarang ,aku rasa macam dilema bukan sikit tapi sangat-sangat dilema .hati aku jadi sedih marah dan sebagainya .tapi sekarang aku tak tahu la aku marah kat sapa atau pun aku rindu kat sapa.tapi seriously aku rindu dekat mak aku kat terengganu.

                   sedihnya semalam aku tahu dia rindu aku .dia call aku semalam .kalau tak kenapa mak aku call kalau dia  tak rindu kat aku kan??.yela siapa yang tak rindu kan bila anak dia dah jauh dari dia ...untuk pengetahuan korang aku akan kerja 7.30 mlm hingga 7.30 pagi ..boleh ke tak aku diri malam -malam dan yang paling penting aku kurang dah berblogging nie 

               

orang kata

hye assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua .hari ini aku bukan la nak tulis sangat belog aku yang dah berabuk nie tapi aku nak tulis jugak sebabnya pada masa akan datang korang takkan baca dah tulisan aku dan idea aku yang buruk lagi hina ni sebabnya aku nie dah nak start keje walau pon aku masih mencari.

sayang kan aku tinggal kan zaman kolej aku tapi nak buat macam mana kerana seorang bapa yang tak bertanggungjawab aku jadi macam nie .aku tulis bende nie pon bukan nak tarik perhatian korang aku cuma nak share aje walaupon bende 2 tak patut.semasa aku baru sampai sini aku hantar la duku dekat ayah aku yang aku paling sedih boleh dia perlekehkan aku .dia suruh aku sambung belajar kat kolej yang sama.ermmmmm nak ke aku sambung belajar kat situ .pensyarah yang paling aku sayang dah tak mengajar kat situ .aku rasa kalau aku belajar kat situ pon macam dah tak ada semangat dah sebab aku anggap dia yang boleh bagi aku semangat.

selepas itu ,aku bercadang nak ambik foundation in law tapi aku tengok macam berat je aku nak bawak.akhir sekali aku ambil keputusan aku nak kerja dan kumpul duit selepas itu aku nak kawen.korang tunggu je la kad kawen aku dalam masa terdekat yerp.

hey sahabat

hey sahabat aku tahu aku sangat busy 
hey sahabat aku memang terasa dengan kau tapi aku buang perasaan tu jauh-jauh 
kerana aku masih sayang dengan persahabatan kita 
hey sahabat kau tak pernah tahu pasal aku sekarang yang menderita dan tersiksa 
dan kau juga tak  pernah tahu bahawa pasangan yang bakal aku kahwini itu sudah miskin dan tak macam 
kau kenal dia dulu.
hey sahabat kau tahu tak aku tak ada credit nak top up 
aku dah jadi macam kau dulu walau pun aku ada bakal suami 
tapi miskin dan sekarang aku sangat malas nak top up 
hey sahabat  aku tak kisah jika sekarang kau ramai kawan 
aku tahu nak kau tahu doa aku dari jauh hanya inggin melihat kau gembira 
hey sahabat aku sangat rindu kan kau 
harap2 this frienship will be endless ok 

bandar cantik tapi bahaya dilawati

 Assalamualaikum dan salam satu malaysia.rindu tak korang dengan aku .hahahah perasan sendiri tapi tak apa aku nak bagi sedikit info untuk korang sebelum belog aku nie berhabuk.ok la kemungkinan besar aku tak akan menulis dalam masa yang agak lama la dan sahabat aku google tak kan dah ada bersama dengan aku kerana aku dah nak berangkat ke johor dan mak kandung aku ajak aku keje dekat singapura..yeahhhh dapat gak masuk singapura.hehehe.cuma sekali sekala ada aku akan menulis ok anyway miss u guys yang sudi membaca belog aku  muax untuk korang .sementara aku boleh menulis nie aku akan menulis sepuas-puasnya.


ok berbalik pasal cerita atau info yang aku nak kongsikan .pasal bandar yang paling berbahaya didunia jom kita check it out 

1)THAILAND BANGKOK  
         
sebenarnya bandar bangkok nie adalah tangga yang kesepuluh yang paling bahaya untuk dilawati nak tahu kenapa?.thailand merupakan pengeluar candu danheroin utama di dunia dan sebahagiannya pedagangan dadah haram  berlaku di bangkok.statistik 2009 menunjukkan bahawa sebanyak 20,000 serangan berlaku disini selain itu 15,000 kecurian berlaku disini dan yang selebihnya sebanyak 5000 kes pembunuhan .wow memang banyak tu aku rasa la kan sekarang lebih banyak daripada tahun 2009 dan yang aku nak ucapkan taniah la kan kepada thailand nie sebab dia menduduki carta paling atas di asia tenggara .sabas thailand




2) GUATEMALA CITY.GUATEMALA 
huh yang nie aku rasakan lagi power nak tahu sebab apa dah la kerajaan dia mendapat sogokkan ataupun bayaran dari pengusaha /pengedar dadah lepas tu pulak bandar nie merupakan top zon bagi Amerika Selatan sebabnya penuh dengan penyeludup dadah dan geng perusuh luar.selain itu kalau korang pergi melancong kesana aku harap korang berhati-hati la sebabnya besar kemungkinan korang akan jadi mangsa rogol diorang dah la kena rogol lepas tu kena rompak dan bunuh lak tu kalau korang nak mati cepat jom kita pergi melancong .hahaha.aku sarankan la jika korang nak pergi melancong san DAN hendak keluar malam .aku rasa baik korang tak payah bawak dompet keran aku yakin korang akan kena rompak punya la .


3)BAGHDAD IRAQ
Tidak kisahlah anda siapa, sudah pasti anda tidak akan berasa selamat di Iraq. Ia adalah negara yang hancur sama sekali disebabkan kadar keganasan serta jenayah yang agak tinggi disana. Sejak perang pada 2003 meletus, AS telah menyebabkan perang saudara yang amat dasyat dikalangan mereka. Lebih daripada 650,000 telah terkorban dalam sengketa ini. Al-Qaeda serta puak Kurdish merupakan dalang pada segala kemusnahan serta keganasan yang berlaku disini. Bagi penduduk disini, bahan letupan serta periuk api daripada pengebom berani mati ini mungkin berada dimana-mana sahaja kerana beritanya pasti kendengaran hampir setiap hari disini. Penculikan serta pembunuhan rambang seringkali berlaku disni. Sejak AS menakluk negara ini, berjuta-juta penduduk Iraq menjadi pelarian dan berjuta-juta lagi telah kehilangan tempat tinggal. Kesemua ini membuatkan Baghdad sebagai sebuah tempat untuk menempah maut.


4) Grozny, Chechnya, Russia
korang percaya tak kalau aku cakap bahawa bandar nie penuh dengan mafia.mesti korang tak percaya kan.itu la yang aku dapat dari sumber .bandar nie sebenarnya mafia lebih banyak daripada polis .aku rasa la kan mesti polis tu cakap lantak korang la korang nak buat apa pon..heheheh just joke ok .disini kerajaan dia tidak mengawal sepenuhnya dan kebanyakkan nya dikawal oleh mafia dan gengster.macam mana ek kalau negara kita macam tu tapi yang pasti aku bersyukur.selain itu,anggaran pembunuhan 85 kes SETIAP HARI .mak ai patut la ramai mafia dan gengster.dekat sana pelacuran dan perdagangan dadah adalah perkara biasa diorang dah tak kisah dah perkara tu semua.


5)rio de janeiro ,brazil
 Jika anda merancang untuk ke Brazil, berfikirlah sebetul-betulnya kerana pelbagai bahaya bakal mengundang anda terutamanya di Rio. Sekiranya anda tiba sahaja disini, sudah pasti anda akan mendapat pelbagai risalah tentang amaran waspada ketika berjalan-jalan disini. Dengan kadar jenayah yang tinggi sejak 2 tahun yang lepas membuatkan tempat ini sebagai tempat paling bahaya sekali di dunia. Disini juga dimana kartel dadah yang dipanggil Piranhas tinggal dan mereka adalah antara yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan serta penculikan yang agak kerap disini. Mengikut statistik 2009, hampir 8000 kematian telah dicatatkan akibat daripada pembunuhan. Ini bermakna anggaran 20 pembunuhan berlaku setiap hari. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes ini kerap berlaku di daerah-daerah paling miskin di Rio.


6)Bogota, Colombia
Bogota merupakan pelabuhan utama pembekalan senjata serta dadah yang datang dari C0olombia ke Panama. Disini juga, pembunuhan juga kerap berlaku tidak kira siang ataupun malam. Kalau anda berhajat untuk datang ke sini, jangalah lupa membawa pistol atau pisau rambo anda sekali bersama kerana mungkin anda dapat mengelakkan diri daripada penyamun/perompak yang sudah pasti menuggu kehadiran anda. Tapi kalau ada orang ajak anda pergi ke Amerika Latin, cuba tanya dimana destinasinya..kalau setakat pergi Bogota..cakap kat dia, hentikan sahaja niat suci itu~
7) Cape Town, South Africa
Hampir setiap tahun, pembunuhan serta rompakan merupakan statistik yang paling tinggi di Cape Town. Dalam satu tahun sahaja, hampir 71500 kesalahan yang membabitkan seksual telah dicatatkan, 13900 kecurian telah berlaku dan 18400 rompakan telah belaku di premis-premis perniagaan. Sekiranya dikira lagi, kira-kira 50 pembuhan akan berlaku setiap hari di Afrika Selatan dan 1/2 nya disumbangkan oleh bandar ini. Cape Town merupakan sebuah bandar yang pada dasarnya sangat miskin, mungkin disebabkan itu ia menyumbang pada kadar jenayah ini.
8)Mogadishu, Somalia
Kami tidak dapat informasi penuh pasal statistik jenayah disini, tapi walaubagaimanapun kerajaan disini tetap memberi amaran keras kepada sesiapa yang hendak datang kesini. Mungkin disebabkan tempat ini merupakan tempat paling banyak pengganas di dunia. Dengan perang saudara yang sedang berlangsung di ibukota Somalia ini menjadikan tempat ini bukanlah tempat sesuai untuk pergi kerana ia mendatangkan risiko yang sangat besar kepada pelancong. Ada juga pernah mengatakan, hampir setiap hari ada sahaja yang cedera di lorong-lorong di bandar ini. Bunyi tembakan, penculikan, dan sebagainya membuatkan bandar ini mendapat 3 teratas sebagai bandar paling bahaya sekali di dunia.
9)Ciudad Juarez, Mexico
Tempat ini antara tempat yang mempunyai jenayah paling serius di dunia antaranya seperti rompakan, penculikan, kekerasan seksual serta jenayah dadah. Statistik mengatakan 120 daripada 100000 penduduk terbunuh disini. Ciudad Juarez terletak betul-betul hampir dengan sempadan Amerika Syarikat. Baru-baru ini, kartel dadah disana telah memulakan suatu perang sesama mereka sehingga menjadikan tempat ini sangat berbahaya buat para pelancong. Ciudad Juarez merupakan bandar yang paling banyak pembunuhan berlaku dan mengikut statistik yang kami dapat, 50% bagi kesemua pembunuhan yan berlaku di Mexico berasal dari Ciudad Juarez.
10)Caracas, Venezuela
Amerika Latin setakat ini merupakan antara tempat yang paling berbahaya di dunia. Jika anda search tempat-tempat berbahaya di internet (googling), sudah pasti sekurang-kurang 20 daripadanya anda akan dapati ia berada disini. Dengan kartel dadah yang banyak serta kadar kemiskinan yang tinggi membuatkan ibukota Venezuela berada dalam kedudukan tertinggi sebagai tempat paling banyak pembunuhan serta jenayah berlaku. Untuk pengetahuan anda semua, Venezuela merupakan kepala (ketua) kepada perdagangan dadah di dunia terutamanya kokain. Jadi, lupakanlah cita-cita indah anda untuk bertemu dengan pelakon amerika latin disini yer ^_^ kerana bahaya tengah menuggu anda disana.




sumber:http://wootmedia.my

untitle

hari aku macam dah tak ada mood .mood malas semua ada .aku rasa sangat sedih dan bila aku sedih aku akan teringat dekat arwah ayah aku.tapi pointnya disini aku hanya merindui seseorang iaitu my bucuk aku tak tahu la kenapa aku sanggup buat dia macam tu .alasan aku ialah mencari yang lebih sempurna  tapi apa yang aku dapat tidak sama dengan sekarang.mungkin betul apa yang orang cakap  sejauh mana kita curang ,sejauh mana kita lari 
mesti kita akan kembali dan dalam kepala kita akan teringat dekat orang yang ada susah 
senang dengan kita.betul tak apa yang aku cakap nie.

walaupun aku curang macam mana pon aku akan kembali dekat dia kenapa ek??.aku cuba melupakan dia sebab kami dah seminggu kami tak berhubung .lagi satu aku cuba mintak putus tapi semua perkara itu tak terjadi tapi kenapa??ermmmm penat la aku macam nie .apa yang aku tulis memang tak ada motif pon sebab aku tengah serabut .hanya jari jemari yang menaip tapi otak kosong!!!!!!!!!!!!!!!!


bak kata lagu eren tanpa cinta 

"Sebisa mungkin ku hindari merindumu,Melupakanmu, tak berharap balik denganmu"

hati jangan kau lari 2


BAB 2
DIKEDAI AYAH AKU.
Sewaktu di kedai papaku.aku terfikir untuk tanyakan papa ku tentang soal cinta dia masa zaman muda –muda dulu dengan mama.aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat dengar papa bercerita pasal mama .ye la aku bukan kenal mama pun kalau aku kenal pun dalam gambar je.
“papa zara nak tanya macam mana papa boleh suka dekat mama ?”soalku
“kan papa dah cerita hari tu dekat zara”
“ala papa zara suka dengar papa cerita pasal mama.walaupun zara tak pernah kenal dengan mama tetapi zara tahu mama mesti baik orang dia kan pa?”
“zara mama kamu memang baik .kedai yang kita usahakan hari ni adalah peninggalan nenek sebelah mama kamu .walaupun nenek kamu bukan orang Malaysia tetapi dia tetap berusaha  hendak memperkenalkan makanan korea yang halal untuk orang Malaysia .pasal mama kamu tu papa jumpa dia masa papa datang untuk makan di kedai ni.masa tu mama kamu hanya datang melawat je dekat kedai nie.kebetulan masa tu jugak papa ada dekat kedai nie dari situ la papa kenal mama kamu.lama kelamaan kita orang jatuh cinta dan berkahwin.selepas 100 hari dapat kamu mama kamu  didapati menghidap kanser otak ditahap yang paling bahaya dan tak lama selepas itu mama kamu pun meninggalkan kita”terang papaku panjang lebar
“papa mesti best kan kalau mama ada waktu sekarang ni.”
“zara kenapa tiba-tiba kamu tanya pasal mama kamu ni?. Ni mesti ada apa-apa nie .kamu ada jatuh cinta dengan seseorang ke?”tanya papaku
“ish macam mana la papa boleh tahu hati aku nie”kata ku dalam hati
“kenapa kamu senyap zara?”soal papa lagi
“sebenarnya pa memang zara ada suka dekat sesorang tu tapi zara tak tahu macam mana nak luahkan perasaan zara dekat dia.dia tu dah la pandai sedangkan zara nie tak la sepandai dia.zara segan la pa.”kata ku
“apa kata zara tulis surat dekat dia mana tahu dia boleh terima zara ke.orang kata belum cuba belum tahu”kata ayah ku
“baik la pa zara akan cuba .terima kasih papa.zara saying papa .papa la ayah yang terbaik dalam dunia .zara tak tahu la macam mana kalau papa tak ada dalam dunia ni.papa zara masuk tidur dulu la .esok zara ada kelas. Assalamualaikum pa dan selamat malam”kata ku
“selamat malam juga untuk zara”kata ayah ku




KEESOKKAN HARI
Hari nie aku bagun awal degan semangat yang baru dan yang paling penting segalanya yang baru.

“zaraaaaaaaaaa………”sahut kawan-kawanku
“apasal kau orang menjerit nie ?”soal ku
“wahh lain kau hari nie semuanya bau kedai .asal bapak kau dapat buka cawangan kedai kau lagi satu ke?”hanis berkata
“tak la mana ada aku saja je nak pakai serba baru tak boleh ke?”kata ku
“boleh aja .tak salah pun .selalunya kau asyik pakai pakaian yang sama je.aku rasa kau la orang yang paling malas nak berfesyen tau tak.”kata rissa
“ala kau orang ni ada-ada aja la .selama nieaku berfesyen je kau orang je tak nampak”
“berfesyen ke macam tu.kalau bagi nenek aku pakai baju yang kau pakai dulu belum tentu nenek aku nak pakai tau tak “kata rissa
“sampai hati kau rissa.samakan nenek kau dengan aku.tak apa la”rajuk ku
“ala jangan la merajuk .kau macam tak tahu mulut aku macam mana”
“yela.jom temankan aku poergi letak surat ni dekat loker beg si budak hafiy tu”
“kau nie biar betul”kata hanis
“aku betul dan serius tau tak.semalam kau jugak yang suruh aku tulis surat untuk hafiy hari kau tanya aku pulak”
“ye ke aku ada suruh kau tulis surat?”kata hanis
“ada ala tapi taka pa jom kita taruk surat ni kan lambat pulak nak pergi kelas puan farina kan kau bukan tak tahu dia macam mana .garang macam singa .masuk kelas mesti tepat pada waktu”kata ku
“jom la zara”serentak hanis dan rissa.

hadiah untuk pasangan kekasih anda

JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu.


CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi
.
GELANG - Tanda mesra.


RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.


SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin

.
PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.


MINYAK WANGI - Tanda cinta.


BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU – Bersifat terbuka dan bertolak ansur

.
BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang.

COKLAT - Semanis cintamu

.
LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan


SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhira

t.
HANDPHONE - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun

 (melainkan kalau handphone itu ditutup).


Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap pasangan adalah...

MASUK MEMINANG - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!

last tu la paling bermakna..♥♥

hati jangan kau lari bab 1


BAB 1

Cinta ini amat mengasikkan kadang-kadang cinta itu boleh menjadi kekejaman. Cinta akan menjadi lebih bagus jikalau pasangan itu menyayangi dengan seluruh perasaan tanpa ada penipuan,kecurangan dan mempercayai orang lain
 Aku  seorang budak sekolah yang naif dan tidak mengenali apa –apa pun tentang cinta .sebelum aku menceritakan kisah aku mari aku memperkenalkan diri aku.nama aku dhia  nur zara mayesa dan panggil aku zara .panjangkan nama aku bapak aku cakap arwah mak aku yang letak nama aku ni dia nak aku menjadi insan berguna .aku nie berdarah campuran korea sebelah mak mak aku dan bapak aku mestilah melayu.aku pernah tanya bapak aku macam mana dia boleh jumpa mak aku .
“papa jumpa dengan mama kamu masa papa kerja dekat ejen pelancongan.mamakamu tu hanya pelancong sahaja.papa pun tak tahu macam mana papa boleh terpikat dengan mama kamu  tapi yang penting papa terpikat dengan budi bicara mama kamu”terang papaku
Aku merupakkan pelajar kolej terkemuka di Pantai Timur dalam jurusan media massa.disini bermulanya percintaan aku dan sidia .izz hafiy danial jejaka aku suka dalam diam .aku menyukainya dari aku semesta satu lagi.aku tak tahu kenapa aku boleh suka dekat dia.muka dia ala-ala kim hyung joong .dia anak orang kaya dan yang paling pasti dia adalah budak yang paling pandai di kolej aku .
________________________________________________________________________________
Pada suatu hari aku dengan kawan-kawan aku makan disebuah gerai dan tiba-tiba hafiy pun lalu didepan aku.
“zara kau suka budak hafiy tu ke?soal kawanku  Adriana nur marissa .aku panggil dia rissa je
“ermmm tak la mana ada aku suka tengok muka dia je yang iras –irans pelakon korea tu”terangku
“ala kau jangan nak tipu kita orang la macam kita orang tak kenal kau “kata kawan ku yang sorang lagi nama nye hanis afifah
“kau jangan la nak berangan kau tak kesian ke dengan afiq ziqri tu .dari sem satu lagi dia suka kan kau tapi kau buat tak layan je”terang rissa
“ala rissa aku tak boleh la nak suka dekat budak afiq tu .perasaan aku tak boleh nak terima dia sebagai kekasih yang aku boleh terima sebagai kawan untuk selamanya”terangku
“zara aku ada cadangan apa kata kau cuba lah tulis surat dekat si hafiy tu”kata hanis
“bagus jugak idea kau tu .aku suka nati aku tulis surat untuk dia .wey aku balik dulu lah papa aku dah datang tu apa-apa pun kau orang datang la dekat kedai aku nanti”terangku 

perbezaan antara ombak rindu dengan lagenda budak setan

 Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada semua.dah berabuk dah belog aku nie .hahahaha.hah kau nie nini perasaan je lebih.ok aku bukan tak nak tulis belog aku yang berhabuk nie aku ada sebab .nak tahu sebab apa sebenarnya aku malas nak tulis dan kekurangan idea lagi satu mungkin ada orang yang akan menyampah bila aku asyik-asyik share je apa yang aku tulis tapi tak apa 'CONFINDENT' tu penting

Sebelum aku nak tulis lebih panjang lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua.ok korang dah tengokkan cerita ombak rindu .harus la korang dah tengok cerita tu kan yang paling top masa kini .mana taknya dapat berjuta-juta dalam masa satru hari ditayangkan tapi korang perasan tak satu hal .ok aku tulis dengan bahasa yang paling sopan ye .aku rasakan perbandingan antara ombak rindu dengan lagenda budak setan ialah korang perasan tak cerita tu macam terlompat-lompat sedikit.aku sebagai seorang novel reader yang tegar aku dapat rasakan itu.jika aku baca novel ombak rindu itu sendiri aku dapat rasakan jiwa penulis itu dan yang paling penting aku dapat bayangkan macam mana keadaan sebenar jika dalam novel tu wujud.


Tapikan ombak rindu yang telah difilemkan tak sama jalan cerita dengan novel.memang la adaptasi tapi cuba korang tengok cerita lagenda budak setan aku rasa ok je memangla aku tak pernah baca novel tu ataupun aku dah pernah baca tapi aku tak perasan.ok cara penyampaian lagenda budak setan memang menarik flow jalan cerita pon tak ada la melompat-lompat sangat berbanding dengan ombak rindu nie walaupun dari produksi yang sama.cerita kedua-duanya memang best tapi ombak rindu tak begitu kena dengan jiwa aku.apa-apa pun bukan aku nak kutuk ombak rindu nie tapi korang tengok cerita tu semula dan fikir apa yang aku tulis nie.

P/S:mesti korang akan kata aku baget bagus tapi aku nak korang fikir sendiri dan baca novel tu sendiri dari n ovel yang pertama sehingga novel yang terakhir ok.lepas nie mungkin aku akan kurang updated belog dan aku akan updated untuk kali terakhir untuk gambar aku melancong di singapura ok.bye wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


si gadis blueberry © 2008. Design by: Pocket