PENYUSUAN BADAN


Anak adalah anugerah allah yang tidak ternilai.kita patut menghargai kurniaan allah yang tidak ternilai itu. Kehadiran cahaya mata adalah saat yang dinantikan oleh setiap individu yang berumahtangga ia merupakan detik yang paling bahagia dan boleh mempengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dengan kehadiran si kecil. Selain kehadirannya dapat menyerikan rumah tangga cara penjagaan juga harus dititik beratkan antara yang perlu dijaga adalah permakanan si kecil supaya mereka dapat melalui pembesaran yang baik.

Susu ibu adalah makanan yang baik untuk si kecil kerana ia dapat menjalani tumbesaran yang baik dan sihat. Kajian menunjukan bahawa susu ibu dapat mengurangkan risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil. Susu ibu juga sangat penting dalam tumbesaran anak-anak ia juga mampu melawan penyakit yang utama sekali khasiatnya jauh lebih baik daripada susu yang ada di pasaran.

Pelabagai tip yang dapat kita ikuti supaya kita dapat paduan yang betul semasa kita menyusukan anak. Antaranya tip yang pertama ialah tip pemakanan semasa menyusukan bayi. Tip pemakanan ini amat penting kerana setiap individu perlu menjaga makanan. Antara makan yang perlu dipratikan adalah ibu- ibu yang menyusukan anak dengan mengunakan susu badan perlulah mengambil wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Selain itu ibu-ibu juga perlu mengambil  air yang secukupnya supaya mereka dapat mengurangkan well hydrated semasa menyusu menyusukan anak mereka.

Selain itu,tips memulakan penyusuan juga perlu dititik beratkan supaya ibu-ibu yang menyusukan anak dapat memulakan penyusuan yang betul. Tips ini juga dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang mengandung dan memudahkan mereka untuk menyusukan anak mereka selepas mereka bersalin. Antara tips yang dapat kita lihat ialah selepas kita melahirkan anak seboleh –bolehnya kita menyusukan anak ini kerana bayi yang baru dilahirkan akan mencari dimana payudara ibu berada. 

Sebagai ibu kita perlu memastikan anak kita tidur dan bangun waktu yang sama. Selain itu,semasa bayi menangis dengan kuat jangan sesekali memberi susu kepadanya biar bayi itu reda dahulu baru kita memberinya dan Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Selain itu ibu-ibu digalakkan membuka mulut bayi tersebut. Jika payudara merasa sakit ibu-ibu hendaklah cuba memisahkan puting dari mulut bayi tersebut.

Antara kebaikan untuk ibu adalah dapat mengeratkan silaturahim antara ibu dan anak. Susu ibu jug dapat mengecutkan rahim dan juga dapat mengurangkan tumpah darah yang banyak semasa kita berpantang.selain itu, dengan penyusuan Ibu-ibu dapat mengurangkan risiko untuk mendapat barah pangkal rahim dan barah payudara dengan menyusukan bayi  sepenuhnya juga kita dapat merancang kehamilan kita.


0 orang memekak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 


si gadis blueberry © 2008. Design by: Pocket